fbpx

Projek LRA2 alami kelewatan, kini tahap 90.32 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LRA Sungai Dua di Pulau Pinang./ GAMBAR HIASAN.

SHAH ALAM – Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA2) dan sistem agihan dilaksanakan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengalami kelewatan sehingga Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, keseluruhan projek itu kini pada tahap 90.32 peratus berbanding jadual sebenar kemajuan kerja iaitu 92.58 peratus mengakibatkan kelewatan sebanyak 2.26 peratus.

“Sistem agihan bagi LRA yang merangkumi Koridor Barat dan Koridor Utara itu masih dalam peringkat pembinaan dan hanya akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2023.

“Bagi memastikan air terawat daripada LRA itu disalurkan kepada pengguna, PAAB telah membuat penyambungan daripada Kolam Imbangan Baru di Bukit Enggang kepada Kolam Imbangan LRA Langat 1 sedia ada,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) berhubung langkah yang sedang diambil untuk mempercepatkan pengaktifan LRA2.

Jelas Izham, LRA yang mempunyai kapasiti reka bentuk pengeluaran air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari (JLH) it diaktifkan bermula Disember 2019.

“Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melaksanakan dua lagi kerja penyambungan paip di bahagian hiliran bagi meluaskan sistem agihan kepada lebih banyak kawasan.

“Pada masa ini, Air Selangor dapat mengagihkan air terawat yang dikeluarkan dari LRA2 menggunakan sistem agihan sedia ada sehingga 400 JLH,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI