fbpx

Sah! Thor: Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Thor: Love and Thunder sepatutnya mula ditayangkan pada 21 Julai lalu.

PETALING JAYA – Filem sensasi Marvel, Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan langsung di pawagam Malaysia.

Perkara tersebut dimaklumkan syarikat hiburan dan pengedaran filem tempatan, Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi media sosial mereka.

PEMBERITAHUAN rasmi GSC tentang status tayangan Thor: Love and Thunder.

“Thor: Love and Takde. Officially (secara rasminya),” tulis GSC sebagai kapsyen hantaran dimuat naik dalam Instagram.

Terdahulu, GSC menerusi satu hantaran memaklumkan, pembatalan tayangan filem yang dinanti-nantikan peminat tempatan tersebut telah diputuskan pihak Disney.

“Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

KALI ini, aksi terbaharu Chris Hemsworth sebagai Thor dalam Love and Thunder tidak akan dapat dinikmati peminat sekuel mega itu di pawagam tempatan.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda,” kata GSC.

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan teka-teki umum berhubung kemasukan filem adiwira tersebut di Malaysia yang sebelum ini beberapa kali ditangguhkan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pembatalan tayangan filem itu tidak didedahkan.

Terdahulu, filem itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 tetapi telah ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan bahawa status tarikh tayangan masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).

Filem tersebut merupakan sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok dan menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Difahamkan, sebab mengapa filem arahan Taika Waititi itu tidak ditayangkan di pawagam Malaysia adalah kerana banyak babak yang dikatakan mempromosi dakyah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta terdapat unsur komedi keterlaluan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI