fbpx

Mesej tular 30 banduan lolos di Melaka, palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesej yang tular di aplikasi WhatsApp.

MELAKA – Mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mendakwa 30 banduan telah lolos dari Penjara Sungai Udang yang kononnya berlaku semalam adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perkara itu telah disahkan palsu oleh Penguasa Penjara, Superintendan Mohd. Saizi Ibrahim.

“Perkara ini telah disahkan oleh pihak penjara dan laporan polis akan dibuat terhadap isu ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, hari ini tular satu mesej di WhatsApp mendakwa seramai 30 banduan dari Penjara Sungai Udang telah lolos antara pukul 9 pagi sehingga 11 pagi semalam.

Susulan kejadian itu sekatan jalan raya akan diadakan secara berterusan di kawasan Sungai Udang, Masjid Tanah dan beberapa kawasan sekitarnya.

Mengulas lanjut Christopher berkata, pihaknya percaya sekatan jalan raya yang dikaitkan dalam maklumat itu adalah Op Tapis bersepadu yang kini giat dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Sekatan jalan raya yang kita jalankan bermula hari ini di kawasan Hutan Simpan Sungai Udang itu adalah rutin biasa operasi di bawah Op Tapis bagi mengesan kesalahan berkaitan dadah.

“Ia tidak ada kaitan dengan operasi mencari banduan sebagaimana didakwa, jadi saya minta untuk orang ramai tidak terus menyebarkan berita palsu tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI