fbpx
Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Machang, Kelantan pada 8 Oktober 2021. – IHSAN POLIS

Lesen khas pikap perlu, usaha kurang angka korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Saranan pakar permotoran dan keselamatan jalan raya untuk mewujudkan lesen memandu khas trak pikap disambut baik orang ramai berikutan banyak kes kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Rata-rata masyarakat beranggapan sudah tiba masanya undang-undang itu diwujudkan dalam usaha mengurangkan ang­ka korban jalan raya melibatkan trak pikap.

Di Ipoh, Perak, seorang jurutera, Omar Alwi, 65, berkata, lesen Kelas D ketika ini khusus untuk kereta tidak termasuk trak pikap.

“Bagi saya kelas baharu perlu diwujudkan untuk jentera trak pikap. Kita lihat pemandu trak pikap bersikap tidak bertanggungjawab di atas jalan raya.

“Nampak kelibat trak pikap sahaja sudah membuatkan pemandu lain gerun,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ruszaidi Mohd. Imran, 44, pula berkata, pemandu trak pikap perlu menjalani latihan memandu kenderaan itu bagi memastikan mereka yang me­ngendalikan jentera tersebut benar-benar cekap.

“Kebanyakan trak pikap menggunakan enjin berkuasa besar menyebabkan segelintir pemandunya berasa teruja memandu di atas jalan raya. Kea­daan ini boleh mengundang bahaya jika laju dan tidak cekap,” katanya.

Berita berkaitan: Lesen khas pemandu trak pikap bendung kemalangan maut

Di Shah Alam, orang ramai memaklumkan pengambilan le­sen khas trak pikap merupakan ke­perluan memandangkan ia melibatkan jentera yang lebih besar dengan spesifikasi berbeza berbanding kereta.

Namun, terdapat pertikaian jika lesen yang diambil sekadar melepaskan batuk di tangga ke­rana ia bergantung kepada sikap pemandu ketika berada di jalan raya.

Berita berkaitan: Toyota Hilux hilang kawalan punca lima beranak maut

Pekerja swasta, Muhammad Azalan Mahamad, 39, berkata, pemandu trak pikap memerlukan latihan kerana mod pemanduan jentera itu yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut bentuk muka bumi dan mempengaruhi daya pecutan.

“Kalau menunggang motosikal berkuasa besar kita perlu memiliki lesen B penuh walaupun tahu menunggang motosikal biasa.

“Apa yang ditekankan adalah teknik sama ada selekoh, membaca situasi semasa pemanduan dan tiga penjuru. Semua ini perlu diasah dan berguna kepada pemandu tanpa mengira pengalaman,” katanya.

Muhammad Azalan bagaima­napun mencadangkan yuran yang dikenakan harus berpatutan dan tidak membebankan orang ramai yang kini terhimpit dengan kos sara hidup tinggi.

Bagi Mohd. Shahir Mohd. Nadrah, 39, penggunaan lesen khas itu dilihat wajar, namun menjadi persoalan mengenai tahap kese­daran orang ramai terhadap isu keselamatan jalan raya.

“Masih ramai pemandu yang pentingkan diri sehingga membahayakan keselamatan orang lain. Kalau setakat ambil lesen tetapi masih menjadi ‘hantu’ di jalan raya tiada gunanya,” katanya.

Di Melaka, pekerja swasta, Zuhairi Zuber, 29, berkata, lesen khas trak pikap perlu dikuatkuasakan di peringkat pembelian kenderaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN