fbpx

Liga Perdana: JDT II buat UiTM FC merana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ramdhan gagal menangkap bola yang dijaringkan oleh Moussa Sidibe pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MPPG, Johor Bahru hari ini./ FOTO RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana selepas membenam UiTM FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT II berjaya mengutip 25 mata menerusi 11 perlawanan, dibezakan satu mata di belakang Kelantan FC.

Pada awal perlawanan, pasukan tuan rumah dilihat sukar untuk mengatur serangan ke arah kubu lawan biarpun mendominasi permainan sebaik sepak mula.

Pasukan kendalian Mariano Raul Echeverria akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-20 hasil jaringan penyerang muda, Daryl Sham yang menanduk masuk hantaran lintang Adam Farhan Mohd. Faizal dari jarak dekat.

Lima minit berselang, JDT II menambah jaringan hasil jaringan Moussa Sidibe yang melakukan gerakan solo menggelecek pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan lerek ke penjuru kiri gawang menewaskan penjaga gol, Mohamad Ramdhan Hamid pada minit ke-25.

Pada akhir babak pertama, pasukan pelawat hampir memperoleh gol namun sepakan percuma yang diambil Nashran Elias yang sekadar menggegar palang gol.

Bersambung babak kedua, Daryl Sham hampir menambah jaringan peribadinya namun umpanan yang dilakukan Fernando Rodriguez gagal dimanfaatkan sebaiknya.

Pemain berusia 19 tahun menebus kehampaan itu apabila meledak gol pada minit ke-62 setelah menerima lorongan daripada Rodriguez menyaksikan penjaga gol sekadar tergamam melihat bola menerjah jaring.

Pasukan pelawat cuba mengintai peluang merobek gawang lawan namun barisan pertahanan yang diterajui Junior Eldstal dan Daniel Ting memastikan gawang tidak dibolosi.

Pasukan tuan rumah terus menambah derita buat pasukan pelawat apabila pemain gantian, Gabriel Nistelrooy Anak Tamin meledak gol keempat perlawanan pada minit akhir permainan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI