fbpx

Kera liar mengganas, cederakan 42 orang di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kera Jepun biasanya ditemukan di sebahagian besar negara itu. - AFP

TOKYO – Pihak berkuasa sebuah bandar di Jepun beralih kepada penggunaan senjata bersama ubat pelali bagi menangani kumpulan kera liar yang mencederakan 42 orang sejak beberapa minggu lalu, lapor akhbar Japan Today semalam.

Kera Jepun atau Japanese macaque biasanya ditemui di sebahagian besar negara itu. Kera itu menjadi haiwan perosak di sesetengah kawasan dengan memakan tanaman, malah turut menceroboh rumah penduduk.

Bagaimanapun, kumpulan kera liar di bandar Yamaguchi, barat Jepun adalah jauh lebih ganas. Orang dewasa dan kanak-kanak yang menjadi mangsa mengalami luka termasuk dicakar dan digigit.

“Bandar Yamaguchi dikelilingi gunung-ganang, maka kewujudan kera liar tidak asing di sini.

“Tetapi jarang untuk melihat begitu banyak insiden dalam tempoh yang singkat,” kata seorang pegawai daripada jabatan pertanian kepada agensi berita AFP.

Mereka yang diserang cedera ringan, namun pihak berkuasa enggan mengambil risiko dan beralih kepada senapang bersama peluru ubat pelali selepas jerat yang dipasang gagal menangkap kera yang membuat kacau.

“Pada awalnya, hanya kanak-kanak dan wanita yang diserang. Namun, baru-baru ini orang tua dan lelaki dewasa turut menjadi sasaran,” kata pegawai sama.

Mereka bagaimanapun tidak pasti serangan itu melibatkan sebilangan kera atau seekor kera yang agresif. Dalam beberapa kes, penceroboh itu memasuki rumah melalui pintu atau tingkap yang terbuka.

Anggota majlis perbandaran dan polis juga membuat rondaan di kawasan terbabit sejak serangan pertama dilaporkan sekitar 8 Julai lalu tetapi masih belum berjaya menjerat walaupun seekor kera. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI