fbpx

Tingkat pengeluaran ayam menerusi projek ternakan Ulu Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bakal membangunkan sebuah projek ternakan ayam daging di Ulu Bernam, Hulu Selangor dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata, pembinaan projek itu dapat meningkatkan pengeluaran ayam sebanyak 300,00 ekor setiap kitaran.

“Untuk rekod, satu kitaran tuaian adalah selama 35 hari dan dalam setahun, projek ini mampu menuai ayam sebanyak enam kali pusingan.

“(Sekiranya projek ini dibangunkan), jumlah pengeluaran ayam oleh PKPS dapat meningkat sebanyak 800,000 ekor, berbanding 500,000 ekor sebelum ini pada setiap kitaran,” katanya pada sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) berhubung rancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kekurangan ayam di Selangor.

Izham memberitahu, kerajaan negeri juga sedang giat membangunkan projek jagung bijirin sebagai makanan ayam di Kuala Langat Selatan dan Gemas, Negeri Sembilan.

Ujarnya, projek tersebut melibatkan keluasan 121 hektar di Kuala Langat Selatan dan 161 hektar di Gemas. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI