fbpx
Keadaan kerusi motosikal C70 yang ditawarkan berharga RM350 menjadi bahan jenaka orang ramai.

‘Seat’ C70 dicakar kucing harga RM350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang telah mendapat perhatian ramai.

Dikatakan tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan pada tahun 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi.

Namun apa yang menjadi perdebatan adalah berkenaan dengan keadaan tempat duduk itu yang kelihatan usang namun harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Rata-rata orang ramai menjadikan hantaran jualan tersebut sebagai bahan mereka untuk mengutuk sikap penjual yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda walaupun barang yang ditawarkan itu dalam keadaan tidak padan dengan harga.

“Bukan nak kata, betul lah barang ni ori motor tapi tidak beragak nak jual sampai RM350. Ini dah usang sangat ni, tak tahu dia jumpa dekat mana.

“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan,” jelas Azman Hamad.

“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak,” jelas Acap RS.

“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” kata Paan Sayonara. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR