fbpx

Dua pengedar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan di premis hiburan sekitar Lembah Klang.

KAJANG – Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah kondominium sekitar Batu 9, Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek berusia 35 dan 30 tahun.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM31,405 yang dipercayai untuk dipasarkan di premis hiburan sekitar Lembah Klang.

“Antara dadah yang dirampas melibatkan 4,584.6 gram serbuk ekstasi, 61 biji pil ekstasi, 8.2 gram serbuk ketamin, 50 biji pil erimin 5 dan 2.75 liter cecair ekstasi.

“Tangkapan telah dilakukan kira-kira pukul 12.40 tengah malam di kondominium sekitar Batu 9, Cheras,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek tidak bekerja dan salah seorang mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah serta jenayah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI