fbpx

Perodua Myvi terperosok dalam kedai laksam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang terperosok ke dalam sebuah kedai menjual laksam selepas dirempuh sebuah kereta di Batu 8, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi terperosok ke dalam sebuah kedai menjual laksam selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Batu 8, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kadok di sini hari ini.

Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan sama ada melibatkan pemandu kereta, pemilik atau pelanggan premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 38 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, wanita yang juga seorang pembantu tadbir itu memberi isyarat ke kiri sebelum memperlahankan keretanya untuk diletakkan di depan sebuah kedai di tepi jalan.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun yang sedang menghala ke Kota Bharu tidak sempat menekan brek sebelum merempuh bahagian belakang kereta wanita itu.

“Insiden itu menyebabkan kereta jenis Perodua Myvi terus ke depan dan merempuh kedai lamsam itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta jenis Perodua Viva yang cuai dan tidak menjaga jarak sehingga merempuh kereta yang dinaiki wanita itu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI