fbpx

Jepun lepas air terawat radioaktif ke dalam laut tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi telah rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 2011. - Richard Atrero de Guzman/AFLO/Alamy Live News

TOKYO – Kerajaan Jepun memutuskan untuk melepaskan air radioaktif terawat yang berasal dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke dalam laut pada musim bunga tahun hadapan, lapor laman Wionews  kelmarin.

Loji nuklear itu terjejas dalam bencana gempa bumi pada 2011.

Pelan tersebut adalah sebahagian daripada  tindakan seterusnya ke atas takungan air yang kini disimpan di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Pengawal selia Jepun meluluskan pelan berkenaan kelmarin selepas menerima persetujuan hasil analisis awal serta semakan awam.

Air yang disimpan di dalam tangki besar di kemudahan itu digunakan untuk menyejukkan teras tiga reaktor apabila kemudahan nuklear itu rosak.

Sisa air terawat itu bocor ke ruang bawah tanah bangunan reaktor tetapi berjaya dikumpulkan dan disimpan di satu tempat.

Dilaporkan bahawa lebih 1.3 juta tan air terawat kini disimpan di dalam sekurang-kurangnya 1,000 tangki setakat Julai tahun ini.

Syarikat Tokyo Power Electric Company (TEPCO) yang bertanggungjawab melaksanakan langkah penutupan loji nuklear itu  perlu mengosongkan takungan tersebut untuk meneruskan rancangannya.

Sisa tersebut jika dilepaskan tanpa rawatan,  boleh menyebabkan isu radioaktif yang serius.

Justeru, TEPCO merancang untuk menapis air takungan yang mengandungi lebih  60 isotop berbahaya itu kecuali tritium yang sukar dirawat sebelum melepaskannya ke laut dalam.

Takungan air perlu memenuhi semua piawaian keselamatan sebelum diluluskan untuk dilepaskan ke laut.

Setakat ini, para saintis masih tidak jelas mengenai kesan jangka panjang tritium yang tidak ditapis dalam sisa tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI