fbpx

Warisan lebar sayap ke Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafie (tengah) bersama jawatan kuasa penaja selepas Pelancaran Parti Warisan Peringkat Negeri Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Parti Warisan Sabah (Warisan) melebarkan sayapnya ke utara Semenanjung menerusi pelancaran parti itu di Perlis sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebelum ini Warisan telah diperluaskan ke Semenanjung Malaysia sejak akhir Disember tahun lalu melibatkan beberapa negeri seperti Johor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kepimpinan parti itu bagaimanapun akan memperhalusi terlebih dahulu kawasan dan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU-15 nanti.

“Warisan tidak akan masuk ke semua negeri dan kita hanya akan fokus bertanding di kawasan yang diyakini mendapat sokongan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Parti Warisan peringkat negeri Perlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shafie berkata, buat masa ini, Warisan juga belum menetapkan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti lain dan akan memutuskan perkara itu selepas PRU-15 nanti.

Katanya, parti itu hanya akan memberi fokus kepada rakyat di negara ini yang akan memilih pemimpin mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Saya lihat rakyat kini mahukan calon yang betul dan mereka akan memilih wakil yang boleh diberi kepercayaan dalam PRU-15 nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI