fbpx

Penghisap vape berdepan risiko ‘pneumothorax’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Penghisap vape atau rokok elektronik berdepan risiko masalah ‘pneumothorax’ sama seperti perokok tegar yang lain.

Doktor perubatan, Dr. Nimelesh Balanthiren di laman Twitternya berkata, kajian menunjukkan pengguna vape mempunyai risiko untuk mengalami masalah ‘pneumothorax’ sama seperti orang yang menghisap rokok.

“Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada.

“Hal ini, disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri dan menyebabkan paru-paru kecut,” ciapnya.

Tambahnya, perkara tersebut boleh menyebabkan komplikasi berbahaya yang membawa kepada kematian.

“Masalah tersebut boleh menjurus kepada komplikasi ‘tension penumothorax’ merupakan sejenis komplikasi yang boleh membawa kepada kematian,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat beberapa tanda atau gejala pneumothorax yang boleh dikenal pasti.

“Antara gejala pneumothorax ialah sakit dada dan sesak nafas, batuk, jantung berdebar atau degupan laju serta kulit menjadi biru disebabkan kekurangan oksigen,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI