fbpx
Anggota penguat kuasa LUAS menghidu sampel air sungai itu

Dua insiden pencemaran sungai dikesan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Dua insiden pencemaran sumber air yang berpotensi menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dikesan melibatkan Sungai Langat dan Sungai Kabul minggu ini.

Perkara itu dihidu menerusi rondaaan dan pemantauan selama 24 jam yang dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

LUAS memaklumkan pihaknya mengesan tompokan seakan minyak dalam insiden pertama di Sungai Langat, Selasa lalu.

“Ia berpotensi menganggu operasi LRA Semenyih 2, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang dengan jarak dengan lokasi kejadian antara 7.38 hingga 31.18 kilometer (km).

“Siasatan LUAS ke beberapa lokasi termasuk Kampung Sungai Tangkas dan beberapa premis serta tapak kerja tanah tidak menemui sebarang kesan tompokan atau bau abnormal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas LUAS, pencemaran kedua dikesan di Sungai Kabul semalam melibatkan
bau seakan cat sebanyak dua ton dengan keadaan fizikal air kelihatan putih dan kehijauan di sungai itu.

Justeru katanya, tindakan nyah bau telah dilakukan dengan meletakkan enam beg Serbuk Karbon Teraktif dan pensampelan air sungai.

“Siasatan di lokasi premis pembinaan yang disyaki menemukan bau seakan cat di udara namun tiada sebarang bau pada efluen pencucian tersebut.

“Aliran di sungai itu selepas premis juga didapati tidak berbau dan tiada warna kehijauan dan keadaan air adalah normal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, LUAS berkata, tiada gangguan operasi LRA dilaporkan selepas insiden itu berjaya ditangani dengan segera bersama agensi-agensi lain.

“LUAS memantau rapi status dua insiden itu dan meneruskan pemantauan tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air Selangor sentiasa terpelihara,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

POPULAR