fbpx
Gambar yang tular menunjukkan kapasiti katil wad sebuah hospital yang penuh dengan pesakit baru-baru ini.

Serangan influenza, wad hospital penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Peningkatan kes influenza yang ketara di beberapa negeri telah mengakibatkan katil di wad-wad perubatan dan pediatrik di kebanyakan hospital melebihi kapasiti ekoran sesak dengan pesakit dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Situasi getir itu telah menyebabkan waktu menunggu pesakit untuk dimasukkan ke wad meningkat sehingga melebihi empat jam ketika ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dalam satu kenyataan mengesahkan situasi yang semakin meruncing itu yang didakwa bermula sejak awal bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berlaku peningkatan ketara kemasukan pesakit ke wad perubatan dan pediatrik terutamanya di hospital-hospital berpakar.

Katanya, JKNK telah mengoptimumkan penggunaan katil di hospital-hospital melalui sistem koordinasi berpusat dan rujukan secara pengezonan.

“Ia bertujuan mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. Kita telah menukar wad-wad di hospital daerah yang mempunyai bilangan pesakit sedikit kepada wad multidisiplin bagi menampung pertambahan tersebut.

“Selain itu, kita juga akan meningkatkan bilangan katil di hospital-hospital daerah dan mobilisasi (pergerakan petugas) dari hospital di negeri ini untuk operasi di wad tambahan yang baharu,” katanya.

Menurut Dr. Zaini, JKNK telah mencadangkan agar Hospital Kuala Krai beroperasi semula bagi mengimbangi dan menge­lakkan peningkatan kemasukan pesakit ke wad perubatan dan pediatrik.

Tambahnya, mereka berharap agar langkah itu dapat mena­ngani isu kesesakan wad dengan segera bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan rawatan pesakit.

Sebelum ini tular mengenai kesesakan wad di HRPZ II, Hospital Pakar Perdana KPJ, Kota Bharu Medical Centre dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan hampir tiada katil untuk pesakit baharu.

Sementara itu di Alor Setar, Kedah kapasiti katil di semua wad hospital kerajaan sudah melebihi 90 peratus dengan kema­sukan pesakit ekoran pe­ningkatan kes influenza, jangkitan pernafasan akut teruk, penyakit tidak berjangkit, pembedahan dan prosedur elektif.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, Hospital Kulim merekodkan kadar pengisian katil paling tinggi iaitu sebanyak 105 peratus diikuti Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani (98 peratus) dan Hospital Sultanah Bahiyah (81 peratus).

“Wad yang paling tinggi penggunaan katil setakat ini ialah wad perubatan, wad kanak-kanak dan unit rawatan rapi.

“Kadar pengisian katil di wad kanak-kanak bagi semua hospital di negeri ini melebihi 90 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pengisian wad lain adalah membabitkan kes penyakit tidak berjangkit dan Covid-19.
“Kami berkongsi penggunaan katil hospital bukan pakar dalam kemasukan pesakit.

“Pendekatan lain ialah melalui mobilisasi pakar ke hospital tanpa pakar, pengukuhan penilaian kes-kes Covid-19 yang berisiko rendah di rumah dan meminimumkan kes-kes elektif sekiranya kes kecemasan naik mendadak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN