fbpx

Liga Premier : Kelantan FC sekadar seri 1-1 dengan JDT II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurshamil (kanan) meraikan jaringan pertama perlawanan menentang JDT II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN TRW KELANTAN FC

Oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kelantan FC terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Keputusan itu dilihat cukup baik buat skuad The Red Warriors (TRW) apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-37 apabila pemain tengah, Jasmir Mehat diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

Kelantan FC terlebih dahulu mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-19 apabila bola terkena tangan pemain JDT II, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri di dalam kotak penalti.

Nurshamil Abd. Ghani menggembirakan seramai 7,000 penyokong TRW di stadium apabila menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gawang JDT II, Mohd. Izham Tarmizi.

Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50 hasil tandukan pemain tengah, Daryl Sham K.K. George yang menerima hantaran lintang Muhammad Syahmi Safari.

Keputusan itu menyaksikan TRW kekal menerajui takhta Liga Premier manakala JDT II di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI