fbpx

Covid-19 : 4,587 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 4,587 kes semalam termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,602,379 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,652 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,556, 938 kes.

Katanya, sebanyak 47,409 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 1,925 pertambahan kes semalam.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,408 diikuti Selangor (1,399), Perak (360), Negeri Sembilan (291), Sabah (267), Pulau Pinang (237), Johor (130), Kedah (109) dan Melaka (100).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (65), Sarawak (64), Pahang (41), Terengganu (35), Labuan (17) dan Perlis (13),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan dengan lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,888.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,619 setakat ini.

Sebanyak 45, 856 kes dikuarantin di rumah, 39 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,451 kes di hospital, 31 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI