fbpx

Wanita gelandangan bukan Zalina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelandangan dikatakan mirip Zalina yang datang ke sebuah kafe di Seksyen 9, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Wanita yang dikatakan mirip seakan bekas pembaca berita televisyen swasta, Zalina Shaharah Azman, yang ditemui di tiga buah lokasi di Seksyen 3, 9 dan 14 adalah individu sama yang merupakan gelandangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini susulan siasatan
dilakukan pihaknya termasuk menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di daerah ini.

Katanya, wanita itu juga adalah individu yang dikatakan berada di sebuah kafe yang tular semalam.

“Wanita yang dikatakan mirip Zalina itu adalah individu yang sama dan merupakan gelandangan. Bukan Orang Hilang ( Zalina) yang dicari ketika ini.

“Bagaimanapun, pihak polis mengalukan orang ramai menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui,” katanya ketika dalam kenyataan di sini, hari ini.

Polis semalam mengesahkan Zalina,57, dipercayai masih berada di negara ini susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Kehilangan Zalina sejak lapan bulan lalu masih menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI