fbpx

Zalina Azman masih berada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALINA AZMAN

SHAH ALAM – Bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, dipercayai masih berada di negara ini susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Malah, Zalina Azman yang terkenal sebagai pembaca be­rita program Money Matters itu juga dikesan tidak mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan sejak dilaporkan hilang pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tidak lambat membuat hebahan berhubung kehilangan wanita itu, sebaliknya ia dilakukan selepas membuat semakan dengan beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan dan syarikat te­lekomunikasi terlebih dahulu.

“Semakan dengan Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kehilangan bekas pembaca berita berkenaan mendapati, tiada pergerakan keluar negara dan kami percaya mangsa memang berada di dalam negara lagi.

“Hebahan kepada umum adalah langkah terakhir untuk lipat ganda usaha dalam menjalankan siasatan berhubung kes orang hilang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kehilangan bekas pembaca ­berita sebuah televisyen swasta sejak lapan bulan lalu terus menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Menurut Mohd. Iqbal, pihak­nya menerima maklumat termasuk selepas hebahan umum dilakukan, namun setakat ini semuanya tidak menunjukkan sebarang tanda positif ke arah pe­nemuan wanita tersebut.

Tambah beliau, pihaknya juga mengakui ada menemui beberapa individu yang dikatakan mirip wanita itu, namun keputusannya adalah negatif.

“Kalau ada maklumat salur terus kepada pihak polis. Jangan buat penyebaran berita palsu yang akan membuatkan orang berasa keliru selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Kita nasihatkan apa-apa ­berita pastikan tepat dan jangan mengelirukan supaya kita fokus ke arah pencariannya sehingga dapat jumpa mangsa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI