fbpx
LATIF tidak sabar untuk kembali menggegarkan pentas antarabangsa sejak menjuarai pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun tahun lalu.

Abdul Latif Romly sedia gegar APG 2022 di Solo, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAGUH paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly tidak sabar untuk kembali menggegarkan pentas antarabangsa sejak menjua­rai pingat emas Sukan ­Paralimpik Tokyo 2020 tahun lalu.

Latif, 25, menjadi sandaran utama kontinjen negara menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) 2022 edisi ke-11 di Solo (Sura­karta), Indonesia bermula 30 Julai ini hingga 6 Ogos depan.

Jika berjaya mengungguli acara lompat jauh T20 (masalah pem­belajaran), ia bakal menjadi pi­ngat emas keempat berturut-turut dilakar atlet dari Kangar, Perlis itu selepas edisi 2014, 2015 dan 2017.

“Saya sedang mencari momentum semula selepas lama tidak sertai kejohanan. Walaupun saya baru pulih daripada kecederaan, tetapi saya memang mahu buat yang terbaik untuk dapatkan ­pi­ngat emas,” kata Latif.

Keyakinan itu turut disuarakan jurulatihnya, Shahrul Amri Suhaimi yang menjelaskan, anak didiknya dijangka tiada masalah untuk menepati sasaran sebagai pemenang pingat emas pada APG 2022.

“Latif bebas sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha dialami ketika Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Dia juga sudah sertai beberapa kejohanan dalam dan luar negara sebelum ini.

“Kita ada sertai tiga pertan­dingan di Switzerland dan Pe­rancis baru-baru ini, tetapi keputusan tidak begitu memberangsangkan sebab masih mencari rentak buat Latif.

“Kalau di tahap APG, saya rasa Latif tiada masalah untuk pertahankan pingat emas. Mahu atau tidak, dia perlu menang pingat emas,” jelasnya.

Selain Latif, beberapa nama besar skuad olahraga para negara seperti Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk acara 100m T36 (cerebral palsy) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) juga menjadi sandaran me­raih pingat emas.

POPULAR