fbpx

Rumah bot Tasik Kenyir makin diminati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan PPP Hotel Inovatif yang dirasmikan di Hotel Raia, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bakal diperkasa dengan penarafan penggredan Premis Penginapan Pelancong (PPP) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Mohd. Zamri Mat Zain berkata, pelaksanaan penggredan PPP itu bakal menjadi pemangkin buat pe­ngusaha rumah bot berkenaan menawarkan perkhidmatan dan fasiliti terbaik kepada pengunjung.

Beliau berkata, inisiatif tersebut diambil sejajar dengan perkembangan trend semasa yang menunjukkan semakin ramai pelancong gemar menginap di tempat berkonsepkan ‘hotel inovatif’ seperti rumah bot.

“Sambutan terhadap per­khidmatan rumah bot Tasik Kenyir meningkat setiap tahun.
“Ia dibuktikan dengan keha­diran 277,969 pelancong ke Tasik Kenyir pada tahun lalu walau pun sewaktu penularan pandemik Covid-19,” katanya selepas menutup Bengkel Pembangunan dan

Pemurnian Kriteria Penggredan PPP Hotel Inovatif di sini semalam.

Mohd. Zamri berkata, inisiatif PPP tersebut akan menjadi pe­nanda aras yang akan memberi lebih keyakinan kepada pelancong terhadap perkhidmatan rumah bot Tasik Kenyir.

Tambah beliau, ia secara tidak langsung memberi panduan berguna kepada golongan itu bagi membuat pilihan berdasarkan penggredan terbabit.

“Penggredan PPP ditawarkan MOTAC secara percuma terhadap pengusaha rumah bot berminat.

“Walaupun tidak diwajibkan, pengusaha pelancongan yang menyertai inisiatif itu berpeluang menikmati pelbagai insentif disediakan kerajaan seperti pengecualian cukai dan bantuan kewangan,” katanya.

Mohd. Zamri berkata, berdasarkan Akta Industri Pelancongan 1992, kriteria utama bagi penggredan PPP ialah premis pelancongan yang mempunyai 10 bilik atau lebih 50 katil.

Beliau berkata, berdasarkan permit dikeluarkan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu, sebanyak 100 pengusaha rumah bot beroperasi Tasik Kenyir.

“Dianggarkan 70 peratus daripada rumah bot itu menetapi kriteria untuk menyertai inisiatif PPP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI