fbpx

Azerbaijan bekal gas asli kepada EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev (kanan) berjabat tangan dengan von der Leyen semasa pertemuan di Baku, Azerbaijan, kelmarin. (Pentadbiran Presiden Azerbaijan/ Xinhua)

BAKU, Azerbaijan – Kesatuan Eropah (EU) mengambil langkah alternatif dengan menandatangani perjanjian bekalan gas asli dengan Azerbaijan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber komoditi itu akibat sekatan ke atas Russia, lapor laman berita Wion News. 

Dalam majlis permeteraian perjanjian yang berlangsung pada kelmarin, Azerbaijan komited untuk membekalkan 20 bilion meter padu gas asli menjelang tahun 2027.

Negara itu kini perlahan-lahan menjadi pembekal utama gas di blok EU sejak mula mengeksport ke Eropah pada 2020.

Selain kontrak baharu dengan EU, Azerbaijan turut mempunyai perjanjian terdahulu dengan Bulgaria, Itali dan Greece.

Menerusi perjanjian baharu dengan EU, negara itu dijangka meningkatkan bekalan gas asli daripada 8.1 bilion meter padu pada 2021 kepada 12 bilion meter padu pada tahun ini.

Perjanjian tersebut dimuktamadkan dengan kehadiran Ketua Tenaga Eropah, Kadri Simson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang terbang ke Azerbaijan untuk menandatangani secara rasmi.

“Di tengah-tengah tindakan Russia menyekat dan menghentikan bekalan gas asli di blok Eropah, kepelbagaian sumber import gas asli adalah keutamaan utama bagi EU,” jelas von der Leyen.

Hampir kesemua negara anggota EU berdepan penamatan bekalan gas asli dari syarikat gergasi gas Russia, Gazprom dengan alasan tidak dapat memenuhi permintaan disebabkan situasi semasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI