fbpx
TRUMP bergambar bersama Zelensky semasa bertemu di luar acara Forum Ekonomi Dunia di Davos, 22 Januari lalu. – AFP

Ukraine pertimbang serah ‘Donnyland’ kepada Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Ukraine mempertimbangkan untuk menamakan sebahagian negara itu sempena nama Presiden Donald Trump bagi mendapatkan sokongan beliau dalam perang menentang Rusia, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam percubaan untuk berbaik dengan Trump, perunding Ukraine berusaha menamakan sebuah kawasan di rantau Donbas sebagai ‘Donnyland’.

Cadangan itu bertujuan untuk melemahkan sokongan Trump kepada Moscow, demikian menurut akhbar New York Times.

Seorang perunding dilaporkan, malah menggunakan ChatGPT untuk mencipta lagu kebangsaan dan bendera bagi negara yang bakal wujud itu.

Walaupun konsep itu tidak pernah dirasmikan dalam bentuk dokumen, ia kerap ditampilkan semasa perbincangan.

Walaupun pada asalnya bertujuan sebagai jenaka, sesetengah pegawai percaya menamakan sebuah wilayah sempena nama Trump akan menggalakkan beliau untuk menentang tuntutan Moscow ke atas tanah Kyiv.

Dengan keluasan sehingga 80 kilometer, Donnyland adalah kira-kira dua kali ganda saiz Lake District dan empat kali lebih besar daripada Greater London.

Dimensi itu akan menjadikannya jauh lebih besar daripada mana-mana zon bebas tentera sedia ada.

Perunding Kyiv juga mencadangkan susunan pasca-perang alternatif yang dikenali sebagai ‘model Monaco’.

Dinamakan sempena negara-kota Perancis itu, ia akan menjadi entiti  separa berkerajaan sendiri yang boleh meraih manfaat daripada beroperasi sebagai zon ekonomi luar pesisir.

Mereka malah mencadangkan Lembaga Keamanan yang diasaskan oleh Trump memainkan peranan dalam mentadbir zon itu.

Sementara itu, Presiden Vladimir Putin enggan menarik balik tenteranya melainkan Russia diberikan seluruh rantau Donbas.

Terdiri daripada wilayah Donetsk dan Luhansk,  Zelenskyy berkata, Kyiv tidak akan melepaskan rantau yang kaya dengan sumber  alam semula jadi itu.

Russia kini menduduki sebahagian besar Luhansk dan kira-kira tiga perempat wilayah Donetsk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN