fbpx

16 penerima terima pengiktirafan CiDe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Ban Hong (tengah) bergambar bersama para penerima Pereka Perindustrian Bertauliah (CIDe) pada Majlis Anugerah Malaysia Good Design (MGDA) 2021 dan Pereka Perindustrian Bertauliah (CIDe) di Hotel Everly di sini, hari ini./FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 16 individu yang terlibat dalam industri reka bentuk di negara ini mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan pensijilan Certified Industrial Designer (CiDe) sempena majlis Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA) di Hotel Everly di sini semalam.

16 penerima ulung itu antaranya ialah Prof. Emiritus Datuk Dr. Ahmad Zainuddin, Prof. Madya Mohd. Azali Abd. Karim, Mohamed Asri Ahmad, Abdul Munir Yahya, Mohamad Omar Bidin, Prof. Madya Abdul Muta’ali Othman, Mohd. Yusof Abd Rani dan Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah.

Turut menerima pengiktirafan sama ialah Prof. Dr. Khairul Aidil Abd. Rahman, Mohd. Faiizudin Mohd. Sharuji, Dzulkhairi Asmat, Prof. Madya Dr. Saiful Bahari Mohd. Yusoff, Azlan Othman, Zafri Zakaria Merican, Eric Tuau Chee Kong dan Mohd. Bostami Ahmad.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong sekali gus membolehkan penerima menggunakan gelaran CiDe pada pangkal nama masing-masing.

Ban Hong berkata, CiDe merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan kepada pereka perindustrian tempatan.

“Program menggunapakai operasi standard SIRIM Berhad ini diterajui oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Pensijilan Perekabentuk Industri dan merupakan satu anjakan paradigma bagi memastikan kelangsungan pereka dan rekaan mereka terus relevan kepada industri tempatan dan global.

“Selepas ini barisan pereka kita pula akan membawa gelaran CiDe pada nama mereka. Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Rekabentuk Malaysia dengan penyampaian Certified Industrial Designer ini,” katanya.

Jelasnya, pengiktirafan itu juga diharap mencetus inspirasi kepada semua pereka dalam usaha memperkasakan industri reka bentuk negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI