fbpx

Ranil Wickremesinghe angkat sumpah pemangku Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ranil Wickremesinghe menggantikan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura. - AFP

COLOMBO — Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku Presiden Sri Lanka ketika negara itu dilanda krisis ekonomi serius dan pergolakan politik, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Beliau menggantikan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang meletak jawatan dari Singapura susulan tunjuk perasaan besar-besaran yang menyaksikan penunjuk perasaan menawan istana Presiden.

Penunjuk perasaan turut mengingkari perintah berkurung waktu malam untuk meraikan peletakan jawatan Rajapaksa.

Sri Lanka sedang dilanda kegawatan ekonomi dan berdepan kekurangan makanan, bahan api serta  bekalan asas lain.

Proses Parlimen untuk memilih Presiden baharu dijadualkan bermula hari ini, manakala ahli-ahli Parlimen berkemungkinan mengundi dalam masa seminggu lagi.

Memandangkan parti pemerintah mempunyai sokongan majoriti, ahli-ahli Parlimen mungkin akan menyokong Wickremesinghe yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Rajapaksa.

Penerimaan rakyat Sri Lanka adalah perkara lain kerana peletakan jawatan Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri adalah tuntutan utama penunjuk perasaan.

Awal minggu ini, orang ramai menyerbu kediaman Wickremesinghe dan bertempur dengan pasukan keselamatan.

Seorang penunjuk perasaan, Manuri Pabasari memberitahu Badan Penyiaran Britain (BBC) bahawa protes terhadap Wickremesinghe sememangnya sudah dijangka.

“Beliau tidak mempunyai mandat rakyat dan merupakan penyokong Rajapaksa .

“Maksud saya adalah Presiden dan Perdana Menteri tidak boleh dipilih dalam kalangan penyokong Rajapaksa,” kata Pabasari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI