fbpx

KKM pinjamkan stok ubat untuk klinik, hospital swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan stok simpanan ubat tertentu untuk dipinjamkan kepada fasiliti perubatan swasta melibatkan perkhidmatan klinik dan hospital bagi mengatasi isu kekurangan bahan itu ketika ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu merupakan arahan awal kepada klinik-klinik KKM untuk meminjamkan ubat kepada fasiliti swasta bagi mengatasi masalah tersebut.

“Untuk mengatasi kekurangan ubat-ubatan biasa tertentu di klinik dan hospital swasta, saya telah meminta stok simpanan ubat KKM persekutuan dikeluarkan dan dipinjamkan kepada kemudahan perubatan swasta.

“Ini adalah tambahan kepada arahan awal untuk klinik KKM meminjamkan ubat,” katanya menerusi ciapan Twitter tadi.

Katanya lagi, perintah berkurung di China selain masalah gangguan rantaian bekalan peringkat global turut menyebabkan permintaan terhadap bekalan ubat terus melonjak.

“Selain itu, peningkatan tidak dijangka dalam kes influenza, batuk biasa, selsema dan demam turut mengakibatkan lonjakan permintaan.

“Pengilang tempatan juga telah diminta untuk meningkatkan pengeluaran mereka,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bekalan ubat untuk ke­gunaan melegakan sakit kepala iaitu parasetamol sema­kin sukar didapati di farmasi mahupun kedai serbaneka ketika ini.

Perkara itu berlarutan sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan banyak farmasi dan kedai yang terpaksa mencatu stok parasetamol.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis dan farmasi di Petaling Jaya mendapati, stok parasetamol bagi jenama Panadol masih sukar diperolehi, malah keba­nyakan premis terputus bekalan sejak awal tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI