fbpx

Pekida JB desak ambil tindakan terhadap pengasas Crackhouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tazul menunjukkan gambar pengasas bersama premis kelab komedi terbabit selepas membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan, Larkin, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap pengasas bersama Crackhouse Comedy Club kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan juga masyarakat Melayu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Tazul Arifin Nasri sehubungan itu memberitahu, pihaknya membuat dua laporan masing-masing satu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan satu di IPD Seri Alam, hari ini.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara bermasyarakat majmuk dan keharmonian sesama kaum itu perlu dijaga.

“Pengasas dan juga wanita itu (Siti Nuramira Abdullah) adalah orang Melayu dan Islam, jadi tindakan mereka yang menghina agama dan kaum sendiri akan mengundang cemuhan dan juga pandangan serong daripada masyarakat.

“Orang bukan Islam dan bukan Melayu akan lihat perbuatan seperti itu tidak salah dan dibimbangi perkara itu akan menjadi ikutan lebih ramai pihak, jadi tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman dan membuat laporan polis terhadap Rizal di IPD Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Tambah Tazul, pihaknya juga berharap pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan akan membuat penutupan terus terhadap premis tersebut yang menjadi lokasi menyebarkan hasutan.

“Jika kewujudan premis itu hanya untuk menjatuhkan imej Islam dan masyarakat Melayu, adalah lebih baik sekiranya ia ditutup terus daripada dibenarkan untuk beroperasi,” ujarnya.

Tazul yang juga merupakan seorang usahawan itu turut memberitahu, masyarakat Melayu dan Islam perlu bangkit untuk menyuarakan bantahan terhadap kegiatan berkenaan dan bukan sebaliknya hanya berdiam diri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI