fbpx

Jeritan kanak-kanak gagalkan cubaan mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHAIZAD menunjukkan gambar lelaki yang berjaya ditangkap ketika cuba melarikan beg coklat mengandungi wang tunai dalam kereta kejadian di hadapan sebuah institusi kewangan di Jalan Genuang, Segamat.

SEGAMAT – Cubaan seorang lelaki untuk melarikan beg duit dalam sebuah kenderaan di Jalan Genuang di sini kelmarin gagal apabila di tahan pihak polis yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Kisah lelaki disyaki terbabit dalam kes cubaan mencuri beg dalam kereta seorang lelaki serta anaknya yang menjerit ini turut tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian pada pukul 10.10 pagi itu, pemilik kenderaan Proton Iswara seorang lelaki berusia 40-an meninggalkan anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kereta berseorangan untuk berurusan di sebuah institusi kewangan berhampiran.

“Kereta itu kemudiannya didatangi seorang lelaki berusia linkungan 45 tahun sebelum membuka pintu penumpang hadapan dan cuba melarikan sebuah beg berwarna coklat mengandungi sejumlah wang.

“Kanak-kanak lelaki tersebut yang melihat kejadian itu kemudiannya menjerit meminta tolong dari orang ramai berhampiran.

“Ketika kejadian Sarjan Rohaizad Idris, 54, bersama dua anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) IPD Segamat melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut terus bertindak menangkap suspek,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, suspek merupakan warga Indonesia memegang status pemastautin tetap dan hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek turut memiliki enam rekod jenayah lampau selain tujuh kes berkaitan dadah.

Menurut Bahrin, modus operandi suspek adalah memasuki kenderaan tidak berkunci seterusnya melarikan pelbagai barangan berharga milik mangsa.

Tambah Bahrin, suspek di reman empat hari mulai semalam dan pihaknya juga sedang menyiasat kejadian lain yang mungkin membabitkan suspek.

Orang awam dinasihati agar tidak meninggalkan kanak-kanak berseorangan selain mengunci kenderaan yang ditinggalkan.

Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu di tahan mengikut Seksyen 379 dan 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan curi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI