fbpx
AYU TING TING

Ayu Ting Ting lapah daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI dangdut terkenal Ayu Ting Ting menarik perhatian peminatnya apabila dilihat turut serta turun padang melakukan aktiviti melapah daging ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad lalu.

Menerusi beberapa keping foto yang tular dalam laman sosial, penyanyi berusia 30 tahun itu kelihatan sibuk melapah daging lembu korban untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.

Biarpun sering tampil mempesonakan ketika membuat persembahan dengan solekan dan busana indah, Ayu kelihatan tidak kekok bermain dengan ‘darah’ ketika melapah daging korban.

“Saya jadi tukang potong daging setiap tahun. Waktunya memotong daging. Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Insya-Allah semoga berkat,” tulisnya dalam Instagram.

Hantaran pelantun lagu Sambalado itu sekali gus memancing peminatnya yang rata-rata memuji sikap penyanyi itu kerana tidak kisah bergelumang dengan bau hanyir darah.

“Patutlah rezekinya terus mengalir. Semoga Ayu sentiasa dirahmati oleh Allah SWT,” kata seorang peminatnya.

“Ayu sedikit pun tidak berasa jijik bermain dengan daging mentah. Memang wanita idaman saya,” kata seorang lagi peminatnya.

POPULAR