fbpx

4 individu ditahan bantu siasatan kes pukul, tinggal duda dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dalam longkang berhampiran bulatan Chempaka, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Empat individu termasuk dua wanita dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang duda tiga anak sehingga parah sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bulatan Chempaka, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Dua lelaki berusia 31 tahun manakala dua wanita masing-masing berusia 28 dan 35 tahun ditahan semalam untuk membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 59 tahun dan bekerja sebagai mekanik dipercayai dibelasah selepas berlaku insiden yang mengakibatkan salah seorang suspek tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Tawang, Bachok disyaki dipukul dan cermin keretanya dipecah sebelum ditinggalkan di dalam longkang dengan memakai kemeja-T dan berkain pelikat.

“Bahagian belakang kepala mangsa cedera dan kini masih tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

“Siasatan mendapati, dua suspek lelaki yang ditahan mempunyai empat rekod jenayah lampau selain mereka turut positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga ia boleh mengganggu siasatan.

Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaaan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi kira-kira 28 minit yang memaparkan seorang lelaki ditemui terbaring di dalam longkang dengan kesan cedera dipercayai diserang sekumpulan lelaki.

Berdasarkan video tersebut, kejadian itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa lari isteri orang sebelum dibelasah dan ditinggalkan di dalam longkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI