fbpx

25 warga asing termasuk 8 pelacur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Tun H.S. Lee, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 25 warga asing termasuk lapan pelacur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Tun H.S. Lee di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, serbuan dilakukan pada pukul 6.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

“Seramai 25 warga asing terdiri daripada enam penjaga premis, lapan pelacur dan 11 pelanggan berusia 21 hingga 54 tahun diperiksa.

“Polis merampas wang tunai RM900, kondom (564), buku catatan (10) dan minyak pelincir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI