fbpx

RichWorks korban 683 unta dan kambing di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak ketinggalan melakukan ibadah korban melibatkan 109 ekor unta dan 574 ekor kambing tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, ia dijalankan bersama usahawan bimbingan Richworks selain syarikat sendiri melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell.

“Alhamdulillah, kami dapat menjalankan ibadah korban kali ini dengan memilih Mekah sebagai lokasi meskipun dalam keadaan mencabar kini.

“Tahun ini merupakan kali ketiga RichWorks menaja korban buat semua kakitangan kami yang beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Radz, beliau mewakili seluruh pengurusan dan warga RichWorks mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan mendoakan mereka yang menunaikan haji tahun ini beroleh haji mabrur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI