fbpx
Jentera berat yang digunakan untuk merobohkan rumah milik penduduk di Pulau Madura, Jawa Utara selepas bercerai dengan isterinya. - Kompas

Enggan rumah didiami bekas isteri, lelaki roboh kediaman berharga RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki nekad merobohkan rumah bernilai 500 juta rupiah (RM147,793) selepas sah bercerai dengan isterinya, lapor laman Tribunnews. 

Menurut sumber, lelaki bernama Suaib itu enggan membiarkan rumah tersebut didiami oleh bekas isterinya walaupun tapak tanah adalah milik wanita berkenaan.

Menerusi paparan video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa jentera berat sedang merobohkan rumah tersebut.

Kini, bekas isteri Suaib menumpang di rumah abangnya selepas semua barang di dalam rumah itu dikeluarkan, manakala lelaki berkenaan tinggal bersama ibu bapanya.

Bapa saudara Suaib, Abdul Hannan berkata, sebelum aktiviti meroboh dijalankan, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan antara Suaib dan bekas isterinya.

Pertemuan itu bahkan dipantau oleh Mahkamah Agama Pamekasan dan wakil kedua-dua keluarga berkenaan.

Namun, ia tidak berjaya mencapai kata sepakat apabila Suaib berkeras untuk merobohkan rumah tersebut.

Abdul Hannan juga ada menasihatkan supaya rumah itu diserahkan kepada anak-anak mereka, namun tidak diendahkan.

“Kami telah mencadangkan agar rumah itu diserahkan kepada dua anaknya, tetapi cadangan itu ditolak,” katanya.

Perobohan itu dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak. – Agensi

POPULAR