fbpx

Video pergaduhan tular, tujuh individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan tersebut.

KOTA KINABALU – Tujuh individu termasuk enam pelajar serta seorang bekas pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan melibatkan rakaman seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar perempuan lain yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman berdurasi 20 saat berkenaan kejadian dipercayai membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Inanam berdasarkan pakaian yang dipakai salah seorang individu terlibat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa pelajar yang dibelasah.

“Siasatan terus dijalankan dan membawa kepada penahanan enam pelajar berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun.

“Manakala seorang pelajar lagi remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita memandang berat berhubung kes ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan melibatkan pelajar sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI