fbpx

Raikan Aidiladha bersama ‘Poket Selamat’ MR D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) melaksanakan kempen ‘Poket Selamat’ sepanjang bulan Julai ini yang menawarkan produk pada nilai terbaik dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Penjimatan berkenaan ditawarkan di semua cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara serta di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, Poket Selamat bertujuan menjadikan pengalaman membeli-belah sesuatu yang tidak membebankan.

“Dengan menjalankan analisis ke atas trend, data serta mendengar maklum balas pelanggan, kami mengenal pasti keutamaan mereka semasa perayaan besar seperti Hari Raya Aidiladha untuk menawarkan produk pada masa yang tepat dan harga yang sentiasa rendah.

“Ini cara MR. D.I.Y. membantu meringankan beban kos hidup yang semakin meningkat, dengan memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak membebankan poket,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengisar Makanan Pantas yang mudah digunakan antara produk pilihan kempen ‘Poket Selamat’ MR D.I.Y. tahun ini.

Poket Selamat menawarkan diskaun bagi pelbagai barangan termasuk produk penjagaan dan keperluan rumah, produk elektrik, perkakas, aksesori kereta, peralatan sukan serta permainan.

Antara yang menarik adalah Pengisar Makanan Pantas yang kini ditawarkan pada harga RM8.90 (harga asal: RM13.10), memandangkan orang ramai dijangka akan kerap memasak semasa musim perayaan ini.

Pelanggan boleh mengenal pasti produk-produk yang ditawarkan pada harga diskaun di https://bit.ly/mrdiypoket8. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI