fbpx

260,000 pelajar tercicir dibantu lanjut pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (tengah) menyantuni pelajar pada majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kanan) hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia menyediakan peluang melanjutkan pengajian tinggi dan kemahiran kepada 260,000 pelajar lepasan sekolah yang keciciran di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementeriannya akan terus menyokong usaha murni itu terutama dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Katanya, program anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) itu dilihat memberi peluang kepada penduduk termasuk kawasan luar bandar melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Kementerian Kewangan (MOF) akan terus menyokong usaha itu kerana terdapat 260,000 anak-anak Keluarga Malaysia diberi peluang kedua menyambung pengajian mereka.

“Pelaksanaan program ini memberi semangat baharu dalam meneruskan aspirasi mereka ke menara gading dan mencipta kejayaan besar dalam hidup,” katanya selepas merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia peringkat Kuala Selangor di Bandar Malawati di sini.

Jelas Tengku Zafrul, jelajah itu mempunyai objektif jelas demi merubah masa depan pendidikan anak bangsa, masyarakat dan negara.

“Saya tersentuh melihat video jelajah pendidikan sebelum ini apabila ada pelajar mencuba empat kali ke menara gading namun masih tidak berjaya.

“Menerusi jelajah ini, pelajar itu berjaya dibantu dan diterima masuk untuk menyambung pengajiannya di Institusi Kemahiran Teknikal iaitu di GiatMara,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI