fbpx

MR D.I.Y lancar kempen ‘Poket Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR. D.I.Y melancarkan kempen Poket Selamat dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus.

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi, MR D.I.Y melancarkan kempen ‘Poket Selamat’ edisi ke-8 sepanjang bulan Julai ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata berkata, kempen terbabit menawarkan produk dengan nilai terbaik dan diskaun menarik sehingga 30 peratus di cawangan MR D.I.Y di seluruh negara termasuk di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.

“Kempen ini akan berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2022, pelanggan boleh mengenal pasti produk-produk yang ditawarkan pada harga diskaun di laman web https://bit.ly/mrdiypoket8.

“Kempen ‘Poket Selamat’ bertujuan menjadikan pengalaman beli-belah sesuatu yang tidak membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, kerjasama erat dengan pengeluar membantu MR D.I.Y menawarkan produk dengan harga yang sentiasa rendah dan tepat pada masanya.

“Ia merupakan inisiatif MR D.I.Y membantu orang ramai meraikan Hari Raya Aidiladha disamping meringankan beban akibat kos sara hidup yang semakin meningkat selain memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak membebankan.

“Rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun ke atas rangkaian produk yang ditentukan temasuklah produk penjagaan rumah, barangan keperluan harian, produk elektrik dan alat permainan,” jelasnya. 

Tambah kenyataan tersebut,  pengisar makanan ‘Speedy Food Chopper’ antara yang menarik perhatian memandangkan ia sering digunakan untuk memasak pada musim perayaan dan ditawarkan pada harga RM8.90 berbanding harga asal RM13.10.

“Pada masa sama, MR D.I.Y. juga telah membuka cawangan terbesar setakat ini di Mid Valley dengan menawarkan kira-kira 20,000 jenis produk pada harga yang sentiasa rendah.

“Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini orang ramai boleh melayari laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI