fbpx

Dobi layan diri, cuci kereta buka seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUSAHA kedai dobi di Bertam, Kepala Batas menampal notis tentang ketiadaan air di premisnya hari ini.

SEBERANG PERAI – Operasi bagi perkhidmatan mencuci kenderaan dan dobi layan diri di sekitar Kepala Batas di sini masih beroperasi seperti biasa meskipun berdepan gangguan bekalan air terputus sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! di premis dobi layan diri 24 jam di Bertam Indah mendapati beberapa buah premis tersebut masih beroperasi seperti biasa, namun terdapat juga premis tidak dibuka sepenuhnya dan hanya menawarkan perkhidmatan mengering pakaian sahaja.

Ahmad Syukri Ishak, 50 yang merupakan pekerja di sebuah kedai dobi layan diri 24 jam berkata, ekoran tekanan air di premis milik majikannya masih rendah dan keruh, dia mengambil keputusan untuk tidak membenarkan pelanggan mencuci pakaian bagi mengelakkan sebarang risiko berlaku.

“Kejadian seumpama ini belum pernah berlaku. Jadi, saya tak mahu mengambil risiko sebab risau kalau air keruh akan menjejaskan kualiti pakaian pelanggan walaupun tahu bekalan air akan pulih dalam tengah hari ini.

“Atas sebab itu saya ambil inisiatif dengan menampal memo ringkas ketiadaan air di mesin pencuci supaya pelanggan tahu bekalan air belum pulih lagi,” katanya di sini hari ini.

Dalam tinjauan seterusnya, seorang lagi pelanggan kedai dobi hanya ingin dikenali sebagai Ismail, 50-an pula berkata, dia tiada pilihan untuk mencuci empat bakul pakaian keluarganya dan terpaksa ke kedai dobi berhampiran kediamannya di Bertam.

“Mula-mula saya cuba dulu mesin basuh pertama, nak tengok air masih keruh atau tidak..tapi saya lihat air sudah jernih. Jadi, saya tidak berkira-kira untuk membasuh kesemua baju di sini sebab pakaian bersih di rumah sudah kurang. Nak tak nak kena basuh juga,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja di pusat cucian kenderaan dekat Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, Sulaiman Abdullah, 24 memberitahu, pihak pengurusan memulakan operasi seperti biasa iaitu bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 9.30 malam hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI