fbpx

Aaron Chia masih kecewa kekalahan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Aaron dan Wooi Yik berjaya melepasi halangan pusingan pertama ketika menewaskan pasangan Jepun pada aksi pusingan pertama kelmarin.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih dibayangi kekalahan pada separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia lalu walaupun sudah melangkah ke pusingan kedua Malaysia Masters.

Menjelang pertemuan de­ngan beregu Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang di pusingan kedua hari ini, Aaron berharap dapat menampilkan aksi lebih baik bagi mengatasi masalah pres­tasi tidak menentu.

Katanya, aksi ketika mencatat kemenangan 16-21, 19-21 ke atas beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito pada pusingan pertama kelmarin masih belum memuaskan dan harap ia dapat diperbaiki hari ini.

“Walaupun menang pada pusingan pertama, namun kami masih belum berada pada pres­tasi baik jika dibandingkan de­ngan aksi ditampilkan minggu lalu. Saya rasa mungkin terlalu fikirkan kekalahan sebelum ini.

“Justeru, saya harap kami boleh lupakan kekalahan di separuh akhir Terbuka Malaysia bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap perlawanan esok (hari ini),” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Mengulas pertemuan dengan Gi Jung-Sa Rang pada pusingan kedua Malaysia Masters hari ini, Aaron mengakui bekas beregu No.2 dunia itu merupakan lawan sukar selain memiliki kelebihan tersendiri.

“Gandingan Gi Jung-Sa Rang tidak boleh dipandang rendah kerana kami pernah bertemu mereka pada Terbuka Indonesia sebelum ini. Semua orang tahu apa yang mereka mampu lakukan.

“Harus diakui bukan senang untuk berdepan mereka, jadi kami perlu berada pada prestasi terbaik. Saya dan Wooi Yik akan mengeluarkan segala-galanya pada pusingan kedua esok (hari ini),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI