fbpx
HAZIQ tetap berpuas hati dengan kemenangan yang diraih biarpun tidak dapat mengatasi pencapaian terbaik musim ini. - AMIR KHALID

Terbuka Malaysia: Haziq sambar pingat emas acara 200m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelari Malaysia University, Muhammad Haziq Mohamad Akhir memanfaatkan ketiadaan Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Pengiran Aidil Auf Hajam untuk muncul juara acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium UPM hari ini, Haziq melintasi garisan penamat dengan catatan masa 21.38 saat (s) menewaskan pelari Sabah, Muhammad Muzaffarshah Abdul Sahidu (21.39s) dan Muhammad Umaira Subri (21.59s) dari Kedah.

Pelari berusia 23 tahun itu tetap menyuarakan rasa puas hati dengan keputusan tersebut meskipun tidak dapat mengatasi pencapaian terbaik musim ini 21.01s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Varsity Track and Field.

“Bagi saya, ini satu kejohanan yang sangat besar, jadi saya sangat bangga dan syukur kerana inilah pingat pertama saya pada Terbuka Malaysia.

“Insya-Allah saya anggap ini (kemenangan) sebagai satu titik permulaan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang,” katanya yang akan memberikan tumpuan kepada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) September depan.

IZZATUL (kiri) terus mengekalkan rentak konsisten selepas memenangi acara 200m. – AMIR KHALID

Dalam kategori wanita pula menyaksikan pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira memenangi pingat emas dengan catatan 24.62s, diikuti wakil Filipina, Franceine Jhobie Rosario (25.01s) dan seorang lagi atlet Terengganu, Nur Aliya Najihah Muda (25.19s).

Sementara itu, Izzatul juga disahkan layak beraksi pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun di Oregon, Amerika Syarikat Ogos depan selepas mencatat 11.71s dalam acara 100m semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN