fbpx

3,561 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 3,561 kes baharu dilaporkan semalam berbanding 2,932 kes kelmarin dengan sembilan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,544,517 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,035 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,514,970 kes.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi apabila sebanyak 1,342 kes dilaporkan diikuti Kuala Lumpur (994), Perak (243), Sabah (196) dan Negeri Sembilan (160), Putrajaya (123) dan Pulau Pinang (119).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Melaka (97), Johor (72), Sarawak (55), Kedah (51), Pahang (38), Kelantan (37), Terengganu (17), Perlis (11) dan Labuan (tujuh),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,792 kes dengan dua kes ‘brought in dead’ (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kini 7,589 kes.

Setakat ini, sebanyak 30,290 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,184 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 23 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI