fbpx
Pemain TFC, Mohd Fai Nasir (kanan) meraikan jaringan pertamanya bersama rakan pasukan ketika bertemu Kedah dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Piala FA : TFC mara ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 di pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Sang Penyu bakal bertembung dengan pasukan Liga Premier, Kuching City FC bagi merebut tiket ke separuh akhir.

Turun selaku tuan rumah, TFC bermula garang melalui Kpah Sherman namun penyerang import berkenaan gagal memanfaatkan situasi satu lawan satu hanya 30 saat selepas wisel sepak mula ditiupkan.

Pemain sayap, Mohd. Faiz Nasir muncul wira apabila meledak gol kemenangan setelah menanduk kemas hantaran lintang Faisal Abdul Halim dari sebelah kanan pada minit keenam.

KDA hanya dihidangkan peluang terbaik tiga minit sebelum rehat namun percubaan lemah Fayadh Zulkifli Amin dari dalam kotak penalti mudah dibaca penjaga gol tuan rumah.

TFC terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Pape Diakite dilayangkan kad marah gara-gara halangannya ke atas Ronald Ngah Wanja yang melakukan larian ke arah pintu gol pada minit ke-50. – KOSMO! ONLINE

POPULAR