fbpx
GAMBAR HIASAN

Pakar mendakwa ganja boleh rawat epilepsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAKAR Psikiatri dan juga ahli Neuropsychopharmacology dari Imperial College London, David Nutt berkata, ganja boleh diolah secara klinikal untuk dijadikan ubat untuk kesihatan manusia.

Menurutnya, ia mempunyai zat tetrahidrokanabinol (TCH) dan kanabidiol (CBD) yang baik bagi rawatan penyakit.

“Zat tersebut dapat digunakan bagi tujuan perubatan merawat kanak-kanak menghidap epilepsi dan neuropati.

“Data penyelidikan juga menunjukkan, ganja untuk tujuan perubatan mempunyai kesan lebih baik berbanding ubat konvensional lain untuk kedua-dua penyakit tersebut,” jelasnya.

Katanya, di United Kingdom (UK) terdapat bukti yang sangat kukuh tentang keberkesanan ganja untuk perubatan.

Ujarnya, terdapat begitu banyak bukti bahawa bahan itu yang dikategorikan semula untuk sifat perubatannya yang unik.

Dalam pada itu, Nutt berkata, kerana mempunyai sifat yang unik, doktor-doktor pakar di UK diizinkan untuk menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan perubatan.

Selain UK, beberapa negara lain turut menggunakan ganja bagi tujuan perubatan seperti Jerman, Itali, Belanda, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN