fbpx
Gambar hiasan

Tiada tangkapan ke atas ASP, inspektor di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada penahanan dilakukan terhadap dua pegawai polis masing-masing berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan inspektor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada pukul 12.15 tengah malam.

“Semasa serbuan, pegawai berpangkat ASP dan inspektor masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman berada di dalam premis tersebut bersama pengunjung lain.

“Setakat ini tiada tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dilakukan terhadap kedua-dua pegawai berkenaan seperti didakwa pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, kes terbabit akan dirujuk kepada JIPS Bukit Aman untuk dikenakan tindakan di bawah kesalahan tatatertib.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR