fbpx

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM11.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) menerima zakat perniagaan daripada salah seorang wakil syarikat korporat di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079.40 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, penyerahan itu didahului oleh Lembaga Tabung Haji yang diwakili Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulannya, Mustakim Mohamad dengan jumlah bayaran RM7,170,596.71.

“Ia diikuti FGV Holding Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd. Nazrul Izam Mansor dengan jumlah zakat perniagaan RM1,204,881.

“Sementara itu, Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangannya, Nor Haimee Zakaria yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM878,540,” katanya.

Pada masa sama, MAIPk berkata, turut menunaikan zakat perniagaan adalah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad berjumlah RM695,330 yang diserahkan oleh Ahli Jawatankuasa Shariah, Profesor Datuk Dr. Mohd Azmi Omar.

“Seterusnya, serahan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berjumlah RM592,374.17 diserahkan oleh Ahli Jemaah Pengarah, Datuk Aimi Jusoh. Penyerahan zakat perniagaan bagi Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Ismail Bakar dengan jumlah zakat RM435,000.

“Selain itu, pihak Boustead Plantations Berhad menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,623 yang diserahkan oleh Pengarahnya, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar,” katanya.

Turut sama menunaikan zakat perniagaan, menurut MAIPk, adalah Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Syariah, Mohd. Izuwan Mahyudin berjumlah RM276,734.52.

“Akhir sekali serahan zakat daripada R & Z Enterprise dan Sinar Beseri masing-masing diwakili oleh Azim Radin Mustapha Amiruddin dan Shahril Azwan Mutadho menyerahkan zakat berjumlah RM200,000 dan RM125,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI