fbpx

Mjets, Sersol perkenal perkhidmatan sewa jet peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM (enam dari kiri) bersama Sibunruang (empat dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian antara Mjets dan Sersol di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengendali jet peribadi, Mjets Limited (Mjets) menandatangani perjanjian de­ngan Sersol Berhad baru-baru ini untuk menawarkan perkhidmatan sewaan jet peribadi bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.

Menerusi perjanjian ber­kenaan, kedua-dua syarikat bakal menubuhkan syarikat usaha sama pada kadar ekuiti 50:50 yang akan menawarkan khidmat sewa khas, pengendalian darat, pengurusan pesawat dan membawa masuk armada jet peribadi.

Berdasarkan laporan Newswires Mac lalu, kadar pertumbuhan pasaran jet peribadi global dijangka melonjak berikutan peningkatan permintaan perjalanan.

Sepanjang tempoh ramalan dari 2022 hingga 2030, Asia-Pa­sifik dijangka kekal sebagai salah satu pasaran terbesar dunia.

Pengarah Urusan Sersol Group, Datuk Justin Lim berkata, pihaknya sedang mengembangkan perniagaan dalam penerbangan, teknologi, tenaga lestari, pembangunan hartanah, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.

“Kami percaya jet peribadi sewa khas menawarkan peluang yang cerah untuk memasuki sektor penerbangan Malaysia dan Indonesia.

“Terdapat peningkatan permintaan dalam segmen pasaran yang berbeza yang menginginkan pilihan perjalanan lebih selamat dan boleh dipercayai serta membantu mengurangkan kesulitan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MJets, Natthapatr Sibunruang berkata, dengan pengalaman 15 tahun dalam perkhidmatan jet peribadi dan penyelenggaraan untuk industri penerbangan, Mjets memiliki keupayaan serta pendekatan strategik untuk mengembangkan perkhidmatan jet peribadi di Asia Tenggara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI