fbpx
Tangkap layar rakaman video ‘prank’ yang mendapat kecaman ramai.

Kandungan melampau, tarik tudung wanita jadi bahan lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah kandungan di laman YouTube menjadi bualan hangat pengguna media sosial baru-baru ini apabila ‘prank’ yang dilakukan dikatakan melampau dan ‘sampah’.

Ini disebabkan, mereka menjadikan golongan wanita bertudung sebagai sasaran dalam menghidupkan kandungan yang dihasilkan.

“Tarik tdung perempuan,” antara tajuk kandungan yang ditulis.

Dalam pada itu, video tersebut turut dikongsikan oleh pengguna media sosial yang lain dan telah menerima pelbagai reaksi dan komen negatif.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kurang senang dan mengecam tindakan individu yang merancang dan memuat naik konten sebegini.

“Tak kisah la kalau yang dalam video itu krew sendiri, tapi jadikan wanita bertudung dan tarik pula tudung mereka, sangat melampau, kami usaha jaga aurat dan batas sebagai wanita muslim, tapi senang sangat dijadikan bahan lawak individu kejam macam ini,” luah seorang pengguna.

Dalam pada itu, Nauwal juga bertegas agar pihak tertentu mengesan ‘YouTuber’ yang sering memuat naik kandungan berunsur melampau untuk dikenakan tindakan atau menyekat mereka dari menggunakan media sosial.

“Mana peranan pihak berkuasa, tegas sikit jalankan kerja, kesan mereka ini, sekat mereka dari terus sebarkn video memburukkan orang dan agama,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR