fbpx

Banjir: 9 sekolah di Baling terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang di Baling yang ditenggelami air susulan hujan lebat semalam.

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan buah sekolah telah dikenal pasti terjejas akibat banjir kilat yang melanda Daerah Baling di Kedah semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, susulan kejadian banjir itu pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling telah diminta untuk bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kejadian banjir di daerah Baling, Kedah yang berlaku petang semalam turut menjejaskan sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan terlibat dan sehingga kini sebanyak sembilan buah sekolah telah dilaporkan terjejas.

“Pihak JPN dan PPD Baling telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuka sekolah untuk dijadikan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan terus mengikuti perkembangan situasi banir tersebut dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamatkan penduduk terlibat dipermudahkan,” ujar beliau.

Terdahulu, hujan lebat selama tiga jam yang bermula pukul 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang di Baling melimpah dan menjejaskan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI