fbpx

Penganggur didakwa bunuh kenalan aplikasi sembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD SAFUAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh kenalan wanita bulan lalu.

KOTA TINGGI – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh kenalan yang baru dikenali di aplikasi sembang bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Safuan Ridzuan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rashidah Baharom namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan pada 1 Jun lalu kira-kira pukul 10 malam di Kilometer 6 Jalan Kota Tinggi- Kluang berdekatan dengan Kampung Lipat Kajang dengan niat telah melakukan bunuh dan menyebabkan kematian seorang wanita berusia 35 tahun.

Ekoran itu tertuduh telah didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Difahamkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu baru mengenali mangsa selama dua bulan melalui aplikasi sembang Omi.

Dalam pertuduhan berlainan, Muhamad Safuan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan ke dalam badan dadah berbahaya jenis methamphetamine.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 23 Jun lalu kira-kira pukul 1.25 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Rashidah kemudian menetapkan tarikh 1 Ogos sebagai tarikh sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu laporan forensik dan dan kimia bagi kes bunuh serta patologi untuk dadah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI