fbpx

Luahan pembaca: Doktor gigi bukan hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kanak-kanak diberikan penerangan berhubung penjagaan gigi di Kidzania

Saudara Pengarang,

Adakalanya doktor pergigian akan mendengar komen seperti ini daripada ibu bapa.

“Haa, kalau tak berhenti menangis, doktor akan cabut semua gigi!”

Kadang-kala guru atau pengasuh di tadika sengaja menakut-nakutkan anak ketika pemeriksaan pergigian dijalankan.

Ini cabaran pada doktor gigi. Setiap kali mendengar ugutan seperti ini, kami akan berusaha menepisnya untuk membetulkan agar tidak menjadi kebiasaan dan kepercayaan.

Nampak macam bergurau tetapi secara psikologi ia boleh menimbulkan rasa takut dan kerisauan pada kanak-kanak terutama kepada mereka yang baru pertama kali berjumpa doktor gigi.

Percaya menjadi faktor utama dalam membina perhubungan rawatan antara doktor dan pesakit. Doktor gigi seharusnya dilihat sebagai orang yang dipercayai agar rawatan berjalan lancar.

Minta tolong sangat kepada ibu bapa jangan memomokkan anak kecil dengan ugutan menakutkan mereka dengan doktor gigi kerana ia hanya mengakibatkan rawatan menjadi sukar.

Seharusnya, sebaik gigi susu anak-anak mula tumbuh, ibu bapa boleh menjadikan pemeriksaan sebagai rutin tahunan keluarga.

Apabila kanak-kanak sudah dibiasakan dengan pemeriksaan gigi, mereka tidak akan melihat doktor gigi sebagai seorang yang harus digeruni.

Kepada ibu bapa, ceritakan kepada mereka bahawa gigi yang baik dan sihat boleh dimiliki oleh semua dengan syarat ia mesti dijaga dengan betul. Beritahu mereka bahawa doktor gigi ibarat pahlawan atau malaikat yang datang untuk mencantikkan gigi mereka.

Dr. Nazirah Ab. Mumin dan Dr. Azlan Jaafar
Pensyarah Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI